Chat Window

Fill the details so we can help you better.

Close

Latest Posts

M Vertica KL City, Taman Desa, Kuala Lumpur
M Vertica is a leasehold residential condominium located in Cheras. 
on Sep 13, 2022 | by Admin Administrator
Stonor 3, Mid Valley City, Kuala Lumpur
Each unit is tastefully designed to ensure the ultimate in comfort and luxury.
on Sep 13, 2022 | by Admin Administrator
7 Steps To Staying Safe For Single Women Tenants
What are the steps to staying safe for single women? Living on your own is a dream for many single people, but it...
on Aug 26, 2022 | by Admin Administrator

Kawasan Permintaan Sewa Tertinggi Lembah Klang

Posted on: Aug 26, 2022 | Author: Admin Administrator | Categories: For Tenants

Artikel kali ini, kami di RIGHTPLACE senaraikan 10 kawasan dengan permintaan sewa tertinggi di Lembah Klang. 

Kawasan Permintaan Sewa Tertinggi Lembah Klang

Artikel kali ini, kami di RIGHTPLACE senaraikan 10 kawasan dengan permintaan sewa tertinggi di Lembah Klang. Anda boleh masukkan tempat ini dalam senarai rumah untuk masa depan.  Umum yang kita tahu harga hartanah dan sewa di Lembah Klang naik saban tahun. Dengan kemudahan pengangkutan awam dan pusat beli-belah, tidak hairan harga nya semakin tinggi.

Pemaju perumahan berani melaburkan wang mereka untuk pulangan di masa depan. Maka seperti yang kita boleh lihat, semakin banyak unit dibina dengan pesat seperti berlumba-lumba.

  1. Petaling Jaya
  2. Putrajaya dan Cyberjaya
  3. Brickfields
  4. Setapak 
  5. Ampang
  6. Shah Alam
  7. Cheras
  8. Bukit Jalil
  9. Mont Kiara
  10. Wangsa Maju

1. Petaling Jaya

Kawasan Permintaan Sewa Tertinggi Lembah Klang - 1. Petaling Jaya

Petaling Jaya merupakan antara kawasan dengan kepadatan penduduk terpadat di Malaysia. Fakta ini adalah berdasarkan Laporan Rekode Sewa RIGHTPLACE 2021.

Petaling Jaya yang terletak di tengah-tengah merupakan kawasan yang menjadi pilihan golongan pelajar, ekspatriat dan golongan kerja. 

Permintaan sewa untuk tahun 2020 hingga separuh kedua tahun 2021 juga, secara purata nya meningkat kerana permintaan sewa yang terlalu banyak di kawasan ini.

Pemilih hartanah juga tidak risau untuk meletakkan harga yang diingini kerana yakin dengan jumlah permintaan yang meningkat saban tahun.

Kemudahan asas yang lengkap, turut menjadi faktor. Seperti sekolah, balai polis, pasaraya. Pusat beli-belah dan kemudahan pengangkutan awam.

2. Putrajaya Dan Cyberjaya

2. Putrajaya Dan Cyberjaya

Putrajaya dan Cyberjaya juga pesat membangun. Dengan kemudahan awam serba lengkap, dan lapangan terbang Kuala Lumpur banyak membantu pasaran sewa kawasan ini.

Putrajaya turut dihubungkan dengan lebuhraya utama seperti MEX, SKVE, ELITE, LDP dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Ini memudahkan mereka yang tinggal di sana untuk bergerak ke mana sahaja tanpa perlu melalui perjalanan lebuhraya lain yang rumit. 

Wujud juga kemudahan asas lain seperti Hospital Putrajaya, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, KLIA Transit, sekolah antarabangsa dan pelbagai kemudahan yang lain.

Dikatakan, pada masa akan datang, banyak lagi projek hartanah di Putrajaya dan Cyberjaya yang akan menawarkan rumah sewa dengan kadar mampu milik, sesuai untuk mereka yang keluarga atau bujang.

3. Brickfields

3. Brickfields

Brickfields adalah kawasan yang membangun. Kewujudan Kuala Lumpur Sentral menjadi faktor besar kawasan ini seperti “tidak tidur”.

Waktu siang, kawasan ini menjadi sibuk dengan warga professional yang bekerja di pejabat sekitarnya dan berdekatan MRT. 

Malam pula, kawasan Brickfields sibuk dengan jualan tepi jalan dan kedai-kedai makan. Hujung minggu juga sibuk dengan mereka yang singgah ke rumah keagamaan untuk beribadat.

Dengan ringkas, kawasan Brickfields adalah lengkap dari segi hubungan pengangkutan awam sehinggalah keperluan asas makanan dan pusat keperluan rohani manusia. 

Jadi, tidak hairanlah, kawasan ini menjadi pilihan sewa ramai dan harga sewaan bilik dan bangunan hartanah naik cepat setiap tahun.

4. Setapak

4. Setapak

Setapak yang dulunya kawasan kebun getah kini membangun. Walaupun Setapak tidak sebesar Putrajaya atau Cyberjaya, namun pembangunan di sana juga pesat.

Rumah dan hartanah di kawasan Setapak adalah pesat dan sedikit sesak. Di waktu puncak, kawasan Setapak memang dikenali dengan kesesakan lalu lintas.

Dengan kewujudan Universiti seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dibangunkan, Setapak turut dipenuhi dengan pelajar yang menyewa.

Kerajaan turut membina rumah PR1MA di Setapak bagi memenuhi permintaan rumah mampu milik penduduk di sana.

Penduduk Setapak bertuah kerana lebuhraya MRR2 dan DUKE terletak berdekatan. Maka, penduduk yang menetap di sana, mudah ke Kuala Lumpur. 

5. Ampang

5. Ampang

Sebut sahaja Ampang, sudah pasti anda membayangkan Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang yang sentiasa sibuk. 

Tapi tahukah anda, kawasan Ampang adalah antara kawasan dengan harga hartanah tinggi kerana lokasinya yang hanya beberapa kilometer dengan KLCC?

Pembangunan hartanah di Ampang kebanyakannya disasarkan kepada golongan atasan dan ekspatriat kerana “Embassy Row” yang telah dibina. Di kawasan “Embassy Row” semua kedutaan negara luar terletak di sini. 

Ampang Hilir pula dikelilingi oleh pelbagai kemudahan awam termasuk Hospital Gleneagles yang berprestij, pusat beli-belah Great Eastern, kedai runcit, bilik pameran kereta, restoran, klinik, sekolah antarabangsa dan Kelab Golf Diraja Malaysia.

Dengan itu, harga hartanah dan sewaan kawasan ini sangat cepat naik saban tahun. 

6. Shah Alam

Kawasan Permintaan Sewa Tertinggi Lembah Klang - 6. Shah Alam

Shah Alam adalah salah satu bandar di Selangor, diberikan status bandarnya pada 10 Oktober 2000. Ia adalah ibu negeri Selangor.

Terletak bersebelahan dengan kota diraja Klang. Seluruh kawasan Shah Alam kebanyakannya terdiri daripada pembangunan perumahan taman, dengan sangat sedikit bangunan tinggi.

Tempat yang menjadi tumpuan adalah Stadium Shah Alam yang merupakan tuan rumah biasa untuk permainan bola sepak, di mana setiap kali perlawanan akan menyaksikan ramai peminat dari semua negeri datang ke sini. 

Selain itu, Shah Alam secara amnya adalah sebuah bandar yang sangat tenang, bersih dan damai. 

Kumpulan etnik utama yang tinggal di bandar ini adalah Melayu, dengan sangat sedikit kaum lain yang tinggal di sini.

Oleh yang demikian, budaya Melayu kuat di sini, yang dapat dilihat dalam keadaan damai di tempat itu.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak rancangan untuk membangunkan kawasan ini dengan beberapa pusat membeli-belah baharu sedang dibina.

7. Cheras

7. Cheras

Cheras ialah sebuah bandar yang sangat besar dan luas dan didominasi oleh kaum Cina. Harga hartanah di sini membangun dengan kemudahan tempat berdekatan MRT. 

Bandar ini sangat besar sehingga ia terletak sebelah dengan Ampang pada satu hujung, manakala hujung yang satu lagi bertemu dengan Kajang.

Cheras terkenal dengan rumah mampu milik di mana mereka yang berpendapatan sederhana boleh memiliki rumah teres dengan keluasan yang agak besar.

Di media sosial, Cheras dikatakan menjadi punca kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, berikutan kepadatan tinggi penduduk dan kekurangan jalan raya yang menghubung bandar itu.

Penduduk Cheras lazimnya terpaksa meninggalkan rumah sebelum matahari terbit untuk ke tempat kerja, manakala mereka pulang ke rumah hanya selepas matahari terbenam.

Namun begitu, pembangunan hartanah di Cheras tidak pernah henti, dan satu perkara yang baik dikatakan mengenainya ialah ia menawarkan rumah mampu milik di Kuala Lumpur.

8. Bukit Jalil

Bukit Jalil adalah kawasan pinggir bandar Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Puchong yang berpenduduk padat. 

Kawasan Bukit Jalil kini menawarkan banyak hartanah jenis kondominium dan sebahagian besarnya disewakan oleh kumpulan berpendapatan sederhana ke atas. 

Majoriti penduduk di kawasan Bukit Jalil terdiri daripada etnik Cina dan Melayu.Lokasi Bukit Jalil adalah yang ideal, dihubungkan melalui banyak lebuh raya.

Oleh itu, pembangunan amat pesat di kawasan ini, dengan kebanyakan pembangunan disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana dan atas.

Kesesakan lalu lintas bagaimanapun menjadi isu utama pada waktu puncak, kerana ramai penduduk dari Puchong berkongsi laluan akses yang sama. 

Bukit Jalil bagaimanapun kekal sebagai kawasan pelaburan yang popular dengan banyak lagi pembangunan termasuk pusat beli-belah dalam perancangan untuk dibina. 

9. Mont Kiara

Kawasan Permintaan Sewa Tertinggi Lembah Klang - 9. Mont Kiara

Mont Kiara, antara kawasan paling eksklusif di Kuala Lumpur, kawasan yang kebanyakannya dihuni ekspatriat yang berpindah ke Malaysia, serta kumpulan berpendapatan tinggi. 

Ia juga merupakan kawasan orang kenamaan, dan lokasi pilihan individu yang berhijrah ke Malaysia kerana kemudahan dan pusat beli-belah disasarkan kepada ekspatriat dengan barangan import mereka. 

Mont Kiara turut dikenali sebagai kawasan cukup menakutkan bagi penjenayah. Ini kerana, kebanyakan rumah di sini mempunyai pengawal keselamatan yang bersenjatakan senjata api. 

Banyak pembinaan sedang dijalankan di kawasan ini. Dengan sempadan Mont Kiara yang membangun, menyebabkan kesesakan pada waktu puncak. 

Disebabkan tanah yang terhad tetapi permintaan tinggi, pemaju kini menempatkan pembangunan baharu mereka di Segambut, kawasan setinggan, hanya bersebelahan Mont Kiara.

10. Wangsa Maju

10. Wangsa Maju

Berjiran dengan Setapak dan Gombak, Wangsa Maju kini adalah kawasan membangun pesat di bandar Kuala Lumpur dan tinggi permintaan sewa. 

Dahulunya kawasan ini sebuah ladang getah, Wangsa Maju kini menjadi kawasan kejiranan yang mempunyai ramai golongan pelajar, sama seperti Setapak. 

Selain itu, Wangsa Maju turut menjadi pilihan kepada mereka yang mahu tinggal di kawasan perumahan mewah seperti Bukit Wangsamas.

Antara tarikan di Wangsa Maju ialah Setapak Central yang sebelum ini dikenali sebagai Kuala Lumpur Festival City Mall dan tugu peringatan P. Ramlee.

Di dalam bandar ini juga terdapat Tasik Danau Kota, dan di seberangnya ialah hab komersial StarParc Point.

Walaupun Wangsa Maju merupakan kawasan kejiranan yang mempunyai sejumlah besar rumah yang memenuhi keperluan golongan sederhana dan atas.

Namun, Wangsa Maju juga dikenali dengan kadar aktiviti jenayah yang tinggi dan pada 2011 telah dikategorikan oleh kerajaan sebagai kawasan tumpuan jenayah.

Comments (0)

No comment

Add a comment

You need to Login to add comments.

Close