Chat Window

Fill the details so we can help you better.

Close

Latest Posts

M Vertica KL City, Taman Desa, Kuala Lumpur
M Vertica is a leasehold residential condominium located in Cheras. 
on Sep 13, 2022 | by Admin Administrator
Stonor 3, Mid Valley City, Kuala Lumpur
Each unit is tastefully designed to ensure the ultimate in comfort and luxury.
on Sep 13, 2022 | by Admin Administrator
7 Steps To Staying Safe For Single Women Tenants
What are the steps to staying safe for single women? Living on your own is a dream for many single people, but it...
on Aug 26, 2022 | by Admin Administrator

Sewa Untuk Beli

Posted on: Aug 26, 2022 | Author: Admin Administrator | Categories: For Tenants

Ketahui 4 Perkara Tentang Skim Rent-To-Own (RTO)

Sewa Untuk Beli

Skim Sewa Untuk Beli atau lebih dikenali dengan Rent To Own Scheme (RTO) ini, adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pertama pada harga mampu milik. 

Skim RTO atau RTOS yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018 ini banyak membantu rakyat Malaysia golongan pertengahan (M40) dan bawah (B40) untuk memiliki kediaman sendiri yang mereka inginkan. 

Terdapat banyak organisasi yang terlibat sama bersama-sama pihak KPKT untuk menjayakan skim ini. Antaranya adalah Maybank HouzKEY, rumah SMART Sewa Selangor dan rumah PR1MA RTO. 

Umum mengetahui, untuk seseorang itu memiliki rumah pertama, adalah tidak mudah. Seorang pemilik perlu menyediakan sekurang-kurangnya 10% atau 18% bayaran deposit sebelum memiliki kunci rumah. 

Jadi, dalam artikel kali ini, kami di RIGHTPLACE akan membantu semua pembaca untuk memahami tentang RTO, syarat kelayakan untuk memohon dan perkara-perkara berkaitan RTO sendiri.

  1. Maksud Rent To Own
  2. Kelebihan Rent To Own: Sewa-Untuk-Beli
  3. Kelemahan Rent To Own: Sewa-Untuk-Beli
  4. Kelayakan Skim Sewa Untuk Beli 
  5. Jenis-Jenis Skim Rent To Own: Sewa-Untuk-Beli

Maksud Rent-To-Own

Maksud Rent To Own

Secara ringkasnya, skim RTO adalah skim yang membolehkan anda memiliki suatu unit hartanah atau rumah dengan cara menyewa nya terlebih dahulu. Konsep RTO ini agak baharu di Malaysia sebenarnya,

Selepas tempoh sewa menjadi matang, penyewa boleh memilih untuk membeli hartanah tersebut dan menjadikan bayaran sewaan lepas itu sebagai deposit. Mudah dan menarik bukan?

Penyewa tidak perlu bersusah payah menyimpan duit sebagai deposit. Jadi, perkara itu tidak membebankan penyewa tersebut. Pemilik hartanah juga beruntung kerana telah mempunyai pembeli hartanah tanpa perlu bersusah payah membuat pemasaran jualan.

Kebiasaannya, tempoh matang sewaan adalah sepanjang 12 bulan atau maksimum 60 bulan. Ini bersamaan dengan 5 tahun sewaan. Tempoh tersebut boleh termeterai dalam perjanjian sewa dan bergantung kepada pemilik hartanah dan penyewa.

Namun jika penyewa tidak memilih untuk membeli, perkara tersebut boleh juga ditukar dalam perjanjian. Ini kerana, tiada siapa boleh menjangka masa depan. Jika ada perkara lain berlaku seperti pindah tempat kerja, maka tiada guna membeli rumah tersebut.

Kelebihan Rent-To-Own: Sewa-Untuk-Beli 

Kelebihan Rent To Own : Sewa-Untuk-Beli 

Terdapat banyak kelebihan skim RTO ini jika dimanfaatkan sepenuhnya. Antaranya adalah, semakin banyak wujudnya rumah mampu milik di negara kita. Pemaju perumahan atau pemilik hartanah boleh menjadikan skim ini sebagai tarikan jualan.

Seterusnya, penyewa boleh berpeluang mencuba rumah yang disewa terlebih dahulu. Jika kawasan atau kediaman tidak disukai, penyewa boleh menyewa keluar. Ini kerana, penyewa masih berada dalam kontrak sewaan, bukan beli.

Antara kelebihan lain adalah penyewa boleh menjadikan rumah yang disewa sebagai kata putus tanpa perlu risau membeli hartanah lebih mahal di masa depan. Ini kerana, harga hartanah naik setiap tahun.

Jadi, jika penyewa sudah tanda tangan perjanjian untuk membeli, harga hartanah tersebut adalah harga pada waktu atau tahun tersebut sahaja. Bila sudah tiba masa membeli nanti, sudah pasti harga rumah tersebut masih murah berbanding rumah yang siap dibina pada tahun yang sama. 

Kelebihan lain adalah, rumah RTO tidak mempunyai banyak saingan. Ini kerana, skim ini disiapkan kerajaan hanya untuk mereka yang mempunyai tangga gaji di parasa sederhana dan rendah. 

Kelemahan Rent-To-Own : Sewa-Untuk-Beli 

Kelemahan Rent To Own : Sewa-Untuk-Beli 

Jika ada kelebihan, sudah pasti ada kelemahan atau risiko juga. Perkara ini normal dalam apa sahaja perkara. Lebih-lebih lagi, perkara yang melibatkan urusan jual beli besar seperti urusan hartanah ini.

Antara kelemahan rumah skim RTO adalah anda hanya penyewa. Maknanya, anda tidak boleh ubah suai atau tukar apa yang ada dalam rumah sesuka hati. Ini kerana, anda masih lagi dikira penyewa rumah.

Kelemahan lain adalah harga hartanah yang jatuh. Sebagai contoh kemelesetan ekonomi atau inflasi. Ini akan menyebabkan harga hartanah atau rumah kurang dan mungkin tidak laku pada satu-satu masa. 

Jadi, jika anda sudah membeli, harga tersebut juga akan berisiko untuk merudum dan tidak berbaloi untuk dijual semula pada masa akan datang. 

Kelemahan lain pula adalah lokasi rumah. Mungkin pada tahun beli, kawasan tersebut adalah menarik dan lengkap. Tetapi lepas 5 tahun, mungkin kawasan tersebut menjadi tidak menarik dan membosankan untuk anda tinggal lama.

Kelayakan Skim Sewa Untuk Beli

Kelayakan Skim Sewa Untuk Beli

Seperti membeli mana-mana hartanah atau perumahan lain di bawah apa sahaja skim, sudah pasti ada syarat kriteria kelayakan yang perlu anda penuhi. Syarat kelayakan ini biasanya ditetapkan oleh pemaju hartanah atau pemilik rumah tersebut sendiri.

Seperti yang disebut secara ringkas, terdapat beberapa inisiatif skim RTO yang disediakan oleh beberapa organisasi. Maka, syarat syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah juga berbeza seperti mengikut organisasi:

  1. Maybank HouzKEY

Syarat Kelayakan:

  1. Untuk warganegara Malaysia sahaja. 
  2. Pemohon yang memohon mestilah berumur antara 18  tahun – 70 tahun pada masa  tahun permohonan.
  3. Pemohon tidak boleh mempunyai lebih daripada satu pembiayaan rumah lainn semasa permohonan dibuat. 
  4. Pemohon boleh untuk menggunakan sehingga 3 nama penjamin untuk meningkatkan kadar kelulusan permohonan.

Pinjaman perumahan Maybank HouzKEY bukan saja memberi kelonggaran kepada anda, tetapi ia juga menyediakan cara yang lebih cekap dalam menguruskan wang. Skim ini bagus untuk pasangan muda dan golongan dewasa yang sedang mencari kediaman pertama mereka.

  1. Rumah SMART Sewa Selangor 
Rumah SMART Sewa Selangor 

Syarat Kelayakan:

  1. Untuk warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai keluarga / komitmen.
  3. Pemohon mestilah mempunyai pendapatan keluarga bulanan tidak lebih dari RM5,000 sebulan untuk hartanah Jenis A atau perumahan kos rendah; ATAU, tidak lebih dari RM15,000 sebulan untuk hartanah Jenis B, C, dan D, termasuk perumahan mampu milik dan perumahan kos rendah (keutamaan diberi bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM10,000).
  4. Pemohon dan/atau pasangan mesti tinggal atau bekerja di Selangor.
  5. Pemohon yang tidak boleh memiliki sebarang hartanah di Selangor akan diutamakan, ATAU, memiliki hartanah yang terletak lebih dari 50km dari lokasi yang dimohon serta berada dalam jarak 25km radius dari tempat kerja mereka.

Ramai yang masih tak tahu, menetap di Selangor sebenarnya mempunyai banyak manfaat, seperti pemilikan subsidi pembelajaran, pengagihan dana khas untuk Pendidikan Tinggi dan skim pemilikan rumah yang memudahkan kehidupan. 

  1. Rumah PRIMA RTO
Rumah PRIMA RTO

Syarat Kelayakan:

  1. Untuk warganegara Malaysia
  2. Pemohon bebas status samada bujang atau berkahwin.
  3. Pemohon yang memohon mestilah berumur 21 tahun ke atas pada masa permohonan dibuat. 
  4. Pemohon mesti mempunyai pendapatan bulanan individu atau gabungan (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan. 
  5. Pemohon dan pasangan pemohon tidak boleh memiliki lebih dari satu hartanah lain dalam masa yang sama. 
  6. Pemohon mesti mematuhi panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.

Projek perumahan PR1MA secara umumnya mendapat permintaan tinggi kerana harganya yang mampu milik dan permohonan yang dikatakan mudah lulus, apa lagi jika anda pembeli rumah kali pertama. 

Jenis-Jenis Skim Rent-To-Own: Sewa-Untuk-Beli

Jenis-Jenis Skim Rent To Own: Sewa-Untuk-Beli

Yang paling penting mestilah rumah skim RTO menjimatkan bayaran deposit sewa anda. Dengan cara tersebut, pasti anda boleh menggunakan wang anda untuk perkara lain seperti kos pindah masuk rumah setelah membeli rumah tersebut.  

Seperti yang telah diperjelaskan di atas, banyak organisasi menawarkan rumah skim RTO. Untuk membaca lebih lanjut, anda boleh sahaja ke laman sesawang mereka dan membaca apa yang mereka tawarkan. 

Comments (0)

No comment

Add a comment

You need to Login to add comments.

Close